Bersyukur
di Aidilfitri
Menafikan
peranan Ramadhan sebagai bulan ujian dalam mengangkat martabat keinsanan dengan
pengisian perayaan yang bercanggah dengan tuntutan Islam adalah satu kesilapan
besar umat Islam. Bulan Ramadhan merupakan tempoh penting sepanjang setahun
untuk melihat sejauh mana manusia terdidik secara khusus terhadap pengabdian dan
kepimpinan diri dalam fitrahnya. Sekiranya ia dicemari dengan amalan maksiat
dan sia-sia dalam menyambut Syawal, maka ini menjadikan madrasah Ramadhan satu
lakonan yang merugikan.
Berpuasa
di bulan Ramadhan bukan hanya untuk mendapat lapar dan dahaga. Lebih dari itu,
perlaksanaan ibadahnya dengan ganjaran yang tidak ternilai. Maqam fitrah yang
paling tinggi diletakkan sebagai sasaran. "Barangsiapa berpuasa dengan
penuh keimanan dan keinsafan, diampunkan baginya segala dosa-dosanya yang
lampau".
Maqam fitrah sejak dilahirkan, setiap anak itu berada dalam keadaan bersih dari sebarang dosa sehinggalah perjalanan kehidupannya dihiasi atau dicemari oleh amalan seharian. Dengan berbagai dugaan dan cabaran sepanjang setahun akhirnya manusia diberi kesempatan semula untuk mengasuh dan memurnikan kembali dirinya dan akhlaknya melalui penghayatan Ramadhan dan penilaian Syawal.
Aidilfitri adalah satu titik penting penanda untuk menilai sejauh mana manusia terdidik oleh kongkongan nafsu. Apa yang tergambar boleh dilihat melalui bentuk sambutan perayaan dan bagaimana kesyukuran atas pencapaian diri diterjemahkan. Penilaian ini juga penting menentukan tahap di mana kedudukan sesebuah bangsa dari pelbagai sudut samada politik, ekonomi dan sosial serta jangkaan kemungkinan tertentu pada masa akan datang.

Walaupun
masih ada beberapa aspek perlukan penambahbaikan, suasana matang yang
digambarkan oleh masyarakat Malaysia sepanjang Ramadhan telah diterjemahkan
dalam kesederhanaan menyambut Syawal. Perkembangan ekonomi masih dalam kawalan
apabila kadar kawalan barangan, kenaikan harga dan keperihatinan pengguna
menyeimbangkan pasaran.
Pengusaha yang ghairah mengaut keuntungan dahulunya boleh mendabik dada mungkin hanya mampu berasa lega sahaja pada tahun ini kerana tekanan keseimbangan tingkahlaku pengguna yang makin bijaksana. Persaingan sihat ekonomi telah memberi kesan baik kepada pilihan pengguna dalam berbelanja dan memberi nilai kepada wang yang mereka keluarkan. Pengorbanan badan penguatkuasaan agensi terbabit telah terhasil memberi kesan positif kepada kestabilan harga dan pasaran barangan dalam negara.

Kerisauan
yang pernah dibimbangi dahulu tentang pola kerosakan sosial masyarakat serta
kecelaruan ekonomi akibat ancaman dalaman dan luaran dapat dibendung. Walaupun
ada desas-desus cerita terpinggir tentang salah faham umat Islam menghayati
Ramadhan dan Syawal dengan membiarkan nafsu yang meliar ketika perayaan masih
berlaku, namun kepincangannya tidaklah terlalu ketara. Namun, kedudukan ini
bukanlah satu alasan untuk kita katakan sebagai memadai dan mengambil pilihan
untuk mendiamkan diri dengan tidak melakukan apa-apa. Sebenarnya, inilah ruang
peningkatan terbaik untuk masyarakat Islam melonjakkan diri ke tahap yang lebih
tinggi.
Disebabkan kestabilan, kadang-kadang kita langsung lupa langkah-langkah penambahbaikan. Sudut perhubungan khalik-makhluk inilah yang agak kurang diberi perhatian dan masih boleh ditingkatkan melalui penghayatan kesyukuran. Perkara inilah yang akan kekal berpanjangan memetakan kematangan masyarakat dalam kehidupan seharian.

Memang
tidak dapat dinafikan bahawa bentuk sambutan perayaan berubah dari masa ke
semasa bergantung kepada persekitaran dan tahap kekuatan hubungan manusia
dengan penciptanya. Persekitaran sering menjadi pengaruh utama samada
menyumbang atau menghalang tahap fitrah ini menemui maksud asalnya dan sejauh
mana masyarakat Islam berupaya terlepas dari genggaman nafsu sendiri.
Pertarungan melawan nafsu merupakan pertarungan yang paling sukar dalam tamadun bangsa. Keupayaan membendungnya merupakan titik tolak kepada kejayaan atau kejatuhan sesebuah bangsa. Matlamat syariat yang paling asas ini jika diabaikan akan mengundang bencana kepada kestabilan yang dibangga-banggakan.
Kecenderungan penghayatan perayaan dan kefahaman menzahirkan kesyukuran merupakan landasan utama perayaan. Sepanjang perjalanan zaman, tahap penghayatan telah banyak menerima berbagai bentuk perubahan. Takrif syukur terletak kepada pengaruh persekitaran yang disesuaikan ke atas sesuatu kaum.
Sebagai contoh, orang yang hidup secara primitif menganggap kewujudan makhluk-

makhluk
halus yang mempengaruhi kehidupan mereka maka pemujaan unsur-unsur mistik ini
diamalkan terutama menyambut hari-hari penting dalam kehidupan dalam tarian dan
bunyi-bunyian.
Begitu
juga dalam zaman jahilliyyah yang bergelumang dengan arak, wanita dan hidup
bersosial. Orang-orang jahiliyyah menzahirkan kegembiraan dengan pesta makan
minum, kegiatan sosial yang tidak mengira sempadan serta kegembiraan yang tiada
bertepi. Kedatangan Islam memberi takrifan semula kepada perayaan dengan
mengagungkan Allah dan meraikan kemenangan berjihad melawan nafsu sendiri.
Ketika Rasullullah berhijrah ke Madinah pada peringkat awal penghijrahan, kaum madinah memberitahu Rasullullah bahawa terdapat dua perayaan di mana semua orang akan bergembira pada hari tersebut. Lalu Rasullullah menjawab bahawa Allah gantikan dua kegembiraan melebihi kegembiraan yang digambarkan kepada baginda iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha.
Rasulullah dan para sahabat memberi takrifan baru terhadap perayaan dengan tidak putus-putus bertakbir, bertasbih dan bertahmid sejak gelincir matahari sehinggalah di siang hari raya. Manakala perkembangan yang berlaku di Malaysia pada zaman 80-an dan 90-an, malam raya diisi dengan aktiviti kumpulan perarakan takbir berjalan dari rumah ke rumah di dalam kejiranan untuk bertakbir dan bertahmid.

Kini
tiba zaman bergantung kepada teknologi dan maklumat. Zaman penggunaan komputer,
internet dan televisyen yang ketara sekarang mempamerkan bagaimana umat Islam
menyatakan kesyukuran di hadapan semua ini. Takbir, tasbih dan tahmid telah
diambilalih oleh televisyen. Mungkin tidak salah perkembangan ini tetapi,
sejauh mana penghayatan kesyukuran itu berlaku kepada umat Islam dalam
mendokong usaha berterusan memerangi nafsu. Apakah kesan ‘sambutan' kesyukuran
ini selepas selesai tempoh perayaan?
Begitu
juga dengan apa yang difahami dan diamalkan oleh segelintir muda-mudi zaman
sekarang. Bagi mereka agak janggal mengaitkan kegembiraan dengan kesyukuran
tetapi lebih menitikberatkan erti kebebasan mutlak melakukan apa saja tuntutan
nafsu seperti fahaman puak jahiliyyah apatah lagi untuk melihat amalan-amalan
anjuran Rasullullah ketika meraikan perayaan.
Sekiranya
pola perayaan yang sering terdedah kepada berbagai bentuk ancaman tidak
dikawal, salah faham tentang erti perayaan akan berlaku akhirnya. Zaman yang
berputar akan mengembalikan tradisi jahiliyyah ke dalam perayaan Islam. Di
samping pergaulan bebas, aktiviti-aktiviti yang tidak sihat berlaku apabila
beramai-ramai berkumpul untuk berpesta dengan hidangan muzik, minuman atau
ubatan mengkhayalkan serta kebebasan kegiatan seks.
Di samping pengaruh kuat dari anasir luar dan kurangnya pemantauan ibubapa, kelemahan penghayatan merupakan kunci utama kepada gejala yang tidak sihat ini. Bagi golongan begini, ‘perayaan' hanyalah istilah penanda kemuncak merajakan nafsu dan alasan bagi mereka yang memang telah mengggelincirkan diri dari hakikat Islam. Justeru itu, marilah sama-sama kita menghargai kemenangan Ramadhan dengan mengekalkan penghayatan bersyukur dengan bertakbir, bertasbih dan bertahmid seikhlasnya.