Puasa 1 – 10 Zulhijjah
.
HARI
|
PERISTIWA
|
KELEBIHAN PUASA
|
1 Zulhijjah
|
Allah mengampuni Nabi
Adam di Arafah.
|
Sesiapa yang berpuasa
pada hari ini, Allah mengampuni dosanya.
|
2 Zulhijjah
|
Allah telah
mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun.
|
Sesiapa berpuasa pada
hari ini, maka seperti orang yang beribadah dan berpuasa setahun tanpa
melakukan maksiat.
|
3 Zulhijjah
|
Doa Nabi Zakaria
diperkenankan Allah,
|
Sesiapa berpuasa pada
hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.
|
4 Zulhijjah
|
Nabi Isa dilahirkan.
|
Sesiapa berpuasa pada
hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahan, kemelaratan dan kefakirannya
serta pada hari kiamat bersama orang yang baik, mulia dan terhormat.
|
5 Zulhijjah
|
Nabi Musa a.s.
dilahirkan dan memuliakan munajatnya.
|
Sesiapa berpuasa pada
hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
|
6 Zulhijjah
|
Allah membukakan pintu
kebaikan untuk Nabi-Nabi-Nya.
|
Sesiapa berpuasa pada
hari itu akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta
tidak akan diazab.
|
7 Zulhijjah
|
Pintu neraka jahanam
akan dikunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari ke-10 Zulhijjah.
|
Sesiapa berpuasa pada
hari ini, Allah menghindarkannya daripada 30 pintu kemelaratan dan kesukaran
serta membuka 30 pintu kemudahan dan kesenangan.
|
8 Zulhijjah
|
Hari ini
dinamakan “Tarwiyah” (Hari berfikir).Nabi Ibrahim bermimpi mendapat
perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir
apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan.
|
.Sesiapa berpuasa pada
hari itu ia akan akan mendapat pahala yang tidak terhingga banyaknya kecuali
Allah.
|
9 Zulhijjah
|
Hari ini dinamakan
“Hari Arafah” (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau memahami.1. Di tempat
inilah Nabi Adam a.s. mengerti jati dirinya.2. Pada hari ini Allah
memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah
dari-Nya bukan dari syaitan.3. Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran
terakhir.
|
.Sesiapa berpuasa pada
hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang
akan datang.
|
10 Zulhijjah
|
Hari Raya Aidiladha,
dinamakan juga Raya Korban dan hari “Nahar” (menyembelih).
|
Haram berpuasa pada
hari ini.Sesiapa berkorban dengan satu korban, maka setiap titisan darah yang
mengalir dari leher haiwan itu, Allah akan mengampuni semua dosanya dan dosa ahli
keluar-ganya.Dan sesiapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan
satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dengan
selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud..
|
.
.
Puasa Arafah
Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang
disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh
memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan
melakukan amalan-amalan sunat lain.
Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang
sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah
sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).
Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya
tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun
yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
.
Rasulullah SAW juga bersabda: “Orang yang berpuasa
pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa
60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”
.
.
Niat Puasa Hari Arafah;
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ
سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Daku berniat puasa hari
Arafah, sunat kerana Allah Ta’ala.
.
Rasulullah SAW. bersabda lagi: “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT
melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan
sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga
dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki
oleh mereka?”
.
Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuktidak berpuasa pada hari Arafah dan adalah menyalahi perkara
yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu.
Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith: “Ramai di kalangan
sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari Arafah
sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada
Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di Arafah lantas
Baginda meminumnya.” (Hadith Riwayat Imam
Muslim)
Juga daripada hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: “Sesungguhnya
Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari Arafah bagi mereka yang berada di
Arafah.” (Hadith Riwayat Abu
Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah r.ha.).
.
.
Pendapat Ulama Tentang Puasa Arafah
1. Al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan
puasa pada hari ‘Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun
bagi yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia
kuat beribadat di ‘Arafah.”
2. Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; “Jika ia sanggup
berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sebab
hari ‘Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).” Begitu juga dengan para sahabat
yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah
ketika mengerjakan ibadah haji
3. Ulama Syafi’iyyah membenarkan untuk berpuasa pada hari
tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qadha puasa di bulan
Ramadhan serta puasa kifarah (denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari
ini (puasa sunat) adalah ditegah.
.
.
Haram Berpuasa
Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari
Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadis yang diriwayatkan
dari Umar ra: “Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu
Aidil Adha dan Aidil Fitri.” (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)
.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah mengirimkan
Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari
Tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.”(Hadith Riwayat Imam Ahmad r.a.).
.
.
Puasa Tambahan
Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Zulhijjah di samping berpuasa pada Hari Arafah(9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Zulhijjah
itu adalah hari yang ke 9 Zulhijjah (Hari Arafah). Bahkan adalah disunatkanberpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Zulhijjah
hingga ke hari yang ke lapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau
tidak mengerjakan haji,bersama-sama
dengan Hari Arafah.
.
Hadis riwayat Ibni Abbas: “Siapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah
dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun
melakukannya.”
.
Bertapa besarnya keistimewaan dan kelebihan puasa yang terdapat di
dalam bulan Zulhijjah ini. Jadi marilah kita di tanah air merebut peluang dan
kesempatan ini dengan melakukan puasa 1-9 Zulhijjah, atau setidak-tidaknya
berpuasa pada Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijah yang amat besar pahala dan
manfaatnya dengan melakukannya seikhlas hati.
.
Wallahu A’alam Bissowab
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
.