Khamis, 10 Januari 2013

Kata Pujangga


KATA PUJANGGA
Koleksi Kata-kata Pujangga Untuk Kita Hayati Bersama :
Apabila Anda Benar : Anda tak perlu marah. Apabila Anda Salah : Anda tak boleh Marah
-Mahatma Gandhi-

Bercakap-cakap Adalah Bertukar Fikiran, Bertukar Pendapat Dan Bertukar Pengalaman. Rahsia Bercakap ialah Pandai Bicara, Pandai Bertanya Dan Pandai Mendengar.
-Pythatoras-

Perbaiki Diri Anda, tetapi JANGAN JATUHKAN ORANG LAIN
-I. Salanter Lipkin-

Diri manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri yang kecil itu terdapat satu alam yang besar.
-Saidina Ali Abi Talib r.a-

KEJAYAAN TIDAK DATANG KEPADA MANUSIA YANG LEKA
-Charles Cahier-

Jadikanlah suatu keyakinan bahawa apa yang anda cita-citakan pasti tercapai dan apa yang anda usahakan pasti berhasil
-Thomas Alva Edison-

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya
-James Allen-

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah
-Lao Tze-

Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang lain. Kecerdasan terbaik bagi anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang dimiliki oleh orang lain
-Alias Haji Muda-

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya
-Marcus Aurelius-

Persahabatan adalah perkara yang paling rumit untuk diperjelaskan. Ia bukan dipelajari di sekolah tetapi jika kamu mempelajari erti persahabatan maka kamu sebenarnya tidak mempelajari apa-apa.
-Muhammad Ali-

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
-Albert Camus-

Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu: dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau ; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau ; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau ; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya.
-Saidina Abu Bakar r.a-

Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang lain. Kecerdasan terbaik bagi anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang dimiliki oleh orang lain.
-Alias Haji Muda-

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
-Lao Tze-

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
-James Allen-

Orang yang tidak berkemahuan untuk terus belajar dan membangunkan dirinya samalah seperti insan kerdil yang sememangnya tidak boleh membesar lagi.
-Bestari-

Tiada manusia yang Berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
-Joseph Conrad-

“Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan” ~Pujangga

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” – Khalifah Abdul Malik bin Marwan

“Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.” ~Pujangga~

“Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara.” ~Pujangga~

“Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali” ~ Pujangga~

“Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali.” Kata-kata Pujangga~

“Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa.” kata-kata Pujangga~

“Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.” Kata-kata Pujangga~

“Jangan biarkan perahu hanyut tak ber’penghuni’ nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.” kata-kata Pujangga

“Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan anda diabaikan orang.” kata-kata Pujangga

“Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.” ~kata-kata Pujangga

“Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari…“kata-kata Pujangga`

“Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.” kata-kata Pujangga~

“Hanya mereka yang melepasi ujian akan melalui kehidupan dengan sabar.” kata-kata Pujangga`

Kata-kata Pujangga: “Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.”
“Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana” kata-kata Pujangga~

“Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi.” kata-kata Pujangga`

“Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.” kata-kata Pujangga`

“Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.” kata-kata Pujangga~

Kata-kata Pujangga:” Jangan impikan sesuatu tanpa berusaha mencapainya.”

Kata-kata Pujangga: “Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini.”

Kata-kata Pujangga:” Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.”

Kata-kata Pujangga:“Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.”

Kata-kata Pujangga: “Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.”

Kata-kata Pujangga:“Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.”

Kata-kata Pujangga: “Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.”

Kata-kata Pujangga: “Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.”

Kata-kata Pujangga: “Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.”

Kata-kata Pujangga: ” Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali.”

Kata-kata Pujangga: “Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.”

Kata-kata Pujangga: “Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri.”

Kata-kata Pujangga: “Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.”

Kata-kata Pujangga: “Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.”

Kata-kata Pujangga: “Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud.”

Kata-kata Pujangga: “Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti.”

Kata-Kata Pujangga: “Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.”

Kata-kata Pujangga: “Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.”

Kata-kata Pujangga: “Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.”

Kata-kata Pujangga: “Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?”

Kata-kata Pujangga: “Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?”

Kata-kata Pujangga: “Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.”

Kata-kata Pujangga: “Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur”

Kata-kata Pujangga: “Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang.” & “Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra.”

Kata-kata Pujangga: “Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.”
Orang yang mudah bersedih hati akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan.
Orang yang mempunyai cita-cita selalu memperoleh kemajuan di dalam hidupnya.
Cita-cita yang tinggi itu menyuburkan tabiat yang mulia. Tujuan yang besar dan mulia itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi.
Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga, melainkan adakalanya disirami dengan airmata dan juga darah.
Sahabat sejati adalah orang yang dapat berkata2 benar denganmu, dan bukan orang yang dapat membenarkan kata2mu.
Bersedekah kepada orang miskin, itu bererti satu sedekah sahaja. Sementara bersedekah kepada kaum kerabat, itu bererti dua sedekah ; iaitu bersedekah dan mengutamakan hubungan persaudaraan.
Diantara sikap yang boleh melahirkan perasaan kasih sayang seorang saudara kepada anda ialah memberi salam terlebih dahulu. Anda memanggilnya dengan nama yang paling digemarinya dan anda melapangkan tempat di dalam sesuatu majlis untuknya.
Apabila seseorang sudah menentukan kepercayaannya dan dia perjuangkan kepercayaan itu, semua sumber akan tertarik kepada perjuangannya itu walaupun selepas kematiannya.=Mahatma 
Ghandi=

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang2 beradab dan berbudi mulia yang dapat kita mengambil manfaatnya. = Hamka =

Jadi wanita cantik kadang2 sulit. Lelaki tidak selalu mencintai kita, tetapi sering cuma menginginkan kecantikan kita. Wanita yang tidak cantik biasanya lebih mudah, kerana kalau seorang lelaki mencintainya, bererti lelaki itu betul2 cinta padanya. = Gina Lollobrigida =

Tidak belajar bersungguh2 di waktu muda, hendak menjadi apa pada waktu dewasa?? = Anonim =

Kebanggaan terbesar dalam hidup adalah apabila kita berhasil melakukan apa yang menurut orang lain tidak dapat dilakukan. = Walter Bagehot =

Keberanian adalah keupayaan yang memungkinkan seseorang bertindak dengan baik dan mantap, walaupun ia dalam keadaan setengah mati. = Omar Bradley =

Rabu, 2 Januari 2013

Kelebihan Ayat Seribu Dinar


Kelebihan Dan Hikmat Ayat Seribu Dinar
 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/10/ayat-1000-dinar1.png?w=150&h=131Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan ‎amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai ‎yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.
.
.
Hikmah Ayat 1000 Dinar.
Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
.
.
Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎
Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎
.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎
.
.
Pendapat Ulama’
Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis.
Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak.
Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.
Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya.‎ Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.
.
http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/10/1000-dinar.png?w=485&h=275
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
 Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
.


.
Amalan
Ramai yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat dan ketika berdepan masalah. Tidak kurang juga peniaga menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan perniagaan bertambah maju. Walaubagaimana pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.
.
Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.
Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik doa untuk segala masalah. Walaupun begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk sesuatu tujuan tersebut.
Sewaktu dalam kesusahan dan dalam keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal dapat dibaca. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.
.
.
Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar

‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.
  1. Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
  2. Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
  3. Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
  4. Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
  5. Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
    1. Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
    2. Baca ketika hendak tidur tiga kali,
    3. Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
.
Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Isnin, 24 Disember 2012

Zikir Harian


ZIKIR HARIAN DAN HIKMAHNYA
Jumaat - YA ALLAH
(Kelebihannya : HAMPIR RAHMAT ALLAH DAN JAUH DARI AZAB ALLAH)

Sabtu - LAILAHAILLA'LLAH
(Kelebihannya : DIHAPUSKAN DOSA ANGGOTANYA YANG TUJUH)


Ahad - YA HAYYU YA QAYYUUM
(Kelebihannya : DIPELIHARA IMANNYA OLEH ALLAH)

Isnin - LA HAWLAWALAQUWWATAILLA BILLAHIL'ALIYYIL'AZIM
 (Kelebihannya : DIHAPUSKAN SIFAT YANG TERCELA)

Selasa - A'ALLAHHHUMMASOOLI'ALA MUHAMMADIN WA'ALA ALIMUHAMMADIN WASOHBIHI WASALLIM
(Kelebihannya : DAPAT SYUFAAT NABI MUHAMMAD PADA HARI QIAMAT)

Rabu - ASTAGHFIRULLAHHALA'ZIM ALLAZILAILAHAI'LLAHA HUWAL HAYYULQAYYUM WA ATUBUILAIH
(Kelebihannya : DIHAPUSKAN SERIBU DOSA)

Khamis - SUBHANA'LLAH HIL'AZIMIWABIHAMDIH
(Kelebihannya : TUMBUH TANAMAN SYURGA BAGINYA)


  




Ahad, 23 Disember 2012

7 Amalan Sunnah Rasulullah


7 amalan sunnah Rasulullah

1) SOLAT SUNAT TAHAJJUD Rujuk Surah Az- Zumar : ayat 9 dan Surah Al Israk : ayat 79 Hadis nabi:" Kemuliaan seorang mukmin, terletak pada Solatnya di waktu malam" (Fathul Kabir)

2) TADABBUR AL QUR'AN ( Mengaji dan Mengkaji Al Qur'an). Hadis nabi:" Barangsiapa yang ingin bercakap-cakap dengan Rabbnya (Allah), maka bacalah Al Qur'an".Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia ( sebelum terbit matahari )sebaiknya mata membaca Al Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3) SOLAT BERJAMAAH ( DI MASJID, MUSOLLA / SURAU ) Antara ciri hamba Allah yang Husnul Khatimah ialah yang gemar melakukan solat Subuh di masjid / musolla.

4) SOLAT DHUHA Hadis Rasulullah:" Solat Dhuha dua rakaat lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya".Kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5) BERSEDEKAH "Carilah Rezeki dengan bersedekah", Allah menyukai orang yang bersedekah, dan malaikat mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

6) MENJAGA WUDHU’ Hadis rasulullah:"Tidaklah memelihara wudhu  kecuali orang-orang yang Beriman" (H.R Ahmad, Ibnu Majah Ad Darimi, Ibnu Hibban),kata khalifah Ali bin Abu Talib,"Orang yang selalu berwudhu sentiasa akan merasa selalu bersolat dan dijaga oleh malaikat denga dua doa."ampuni dosa & sayangi dia ya Allah".

7) SELALU BERISTIGHFAR
 Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Istighfar adalah Zikir yang dapat membuka kunci Rezki Dunia dan Akhirat, memberikan penyelesaian kepada sebarang masalah kehidupan, mendapatkan ketenangan batin, keluarga yang Sakinah, Mawaddah, Warahmah dan nikmat hidup yang baik .... Rujuk Surah Hud 11: ayat 3 Semoga amalan-amalan Sunnah ini akan memberikan kita kekuatan untuk berkecimpung di dalam arena dakwah dan menjadi insan pilihan Allah di akhirat kelak.Semoga amalan ini dapat kita lakukan dengan istiqamah supaya kita menjadi orang yang bertakwa kepada allah taala...Berusahalah menjadi insan yg terbaik,bukan sahaja menjadi muslim mukmin,bahkan menjadi mukmin muttaqin...Insya'allah... Allahu'alam...


Amalan pemakanan Rasulullah( saw)

AMALAN PEMAKANAN RASULULLAH (SAW),
 MARI SAMA-SAMA KITA AMALKAN

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua..
 Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yang kita makan  sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis,lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.
 Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata,Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2.
 Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini...insyaAllah  kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.   
Jangan makan SUSU + DAGING, Jangan makan DAGING +IKAN
Jangan makan IKAN +SUSU
Jangan makan AYAM +SUSU
Jangan makan IKAN +TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU +CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH:-KOKTEL
#JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI
.# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI
I# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN
MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya… kawan2 cubalaa…takdelah dalam jangka masa terdekat nie…. Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita
.p/s : Sampaikan walau sepatah…
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
  • Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik.Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.Rasulullah mengamalkan minum segelasair sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
  • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhidarah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
  • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari iaitu 10 kali ganda terdapat dalamair liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)