Jumaat, 30 Ogos 2013

Bersyukur di Aidilfitri

Bersyukur di Aidilfitri


Menafikan peranan Ramadhan sebagai bulan ujian dalam mengangkat martabat keinsanan dengan pengisian perayaan yang bercanggah dengan tuntutan Islam adalah satu kesilapan besar umat Islam. Bulan Ramadhan merupakan tempoh penting sepanjang setahun untuk melihat sejauh mana manusia terdidik secara khusus terhadap pengabdian dan kepimpinan diri dalam fitrahnya. Sekiranya ia dicemari dengan amalan maksiat dan sia-sia dalam menyambut Syawal, maka ini menjadikan madrasah Ramadhan satu lakonan yang merugikan.
Berpuasa di bulan Ramadhan bukan hanya untuk mendapat lapar dan dahaga. Lebih dari itu, perlaksanaan ibadahnya dengan ganjaran yang tidak ternilai. Maqam fitrah yang paling tinggi diletakkan sebagai sasaran. "Barangsiapa berpuasa dengan penuh keimanan dan keinsafan, diampunkan baginya segala dosa-dosanya yang lampau".

Maqam fitrah sejak dilahirkan, setiap anak itu berada dalam keadaan bersih dari sebarang dosa sehinggalah perjalanan kehidupannya dihiasi atau dicemari oleh amalan seharian. Dengan berbagai dugaan dan cabaran sepanjang setahun akhirnya manusia diberi kesempatan semula untuk mengasuh dan memurnikan kembali dirinya dan akhlaknya melalui penghayatan Ramadhan dan penilaian Syawal.

Aidilfitri adalah satu titik penting penanda untuk menilai sejauh mana manusia terdidik oleh kongkongan nafsu. Apa yang tergambar boleh dilihat melalui bentuk sambutan perayaan dan bagaimana kesyukuran  atas pencapaian diri diterjemahkan. Penilaian ini juga penting menentukan tahap di mana kedudukan sesebuah bangsa dari pelbagai sudut samada politik, ekonomi dan sosial serta jangkaan kemungkinan tertentu pada masa akan datang.
Walaupun masih ada beberapa aspek perlukan penambahbaikan, suasana matang yang digambarkan oleh masyarakat Malaysia sepanjang Ramadhan telah diterjemahkan dalam kesederhanaan menyambut Syawal. Perkembangan ekonomi masih dalam kawalan apabila kadar kawalan barangan, kenaikan harga dan keperihatinan pengguna menyeimbangkan pasaran.

Pengusaha yang ghairah mengaut keuntungan dahulunya boleh mendabik dada mungkin hanya mampu berasa lega sahaja pada tahun ini kerana tekanan keseimbangan tingkahlaku pengguna yang makin bijaksana. Persaingan sihat ekonomi telah memberi kesan baik kepada pilihan pengguna dalam berbelanja dan memberi nilai kepada wang yang mereka keluarkan. Pengorbanan badan penguatkuasaan agensi terbabit telah terhasil memberi kesan positif kepada kestabilan harga dan pasaran barangan dalam negara.
Kerisauan yang pernah dibimbangi dahulu tentang pola kerosakan sosial masyarakat serta kecelaruan ekonomi akibat ancaman dalaman dan luaran dapat dibendung. Walaupun ada desas-desus cerita terpinggir tentang salah faham umat Islam menghayati Ramadhan dan Syawal dengan membiarkan nafsu yang meliar ketika perayaan masih berlaku, namun kepincangannya tidaklah terlalu ketara. Namun, kedudukan ini bukanlah satu alasan untuk kita katakan sebagai memadai dan mengambil pilihan untuk mendiamkan diri dengan tidak melakukan apa-apa. Sebenarnya, inilah ruang peningkatan terbaik untuk masyarakat Islam melonjakkan diri ke tahap yang lebih tinggi.

Disebabkan kestabilan, kadang-kadang kita langsung lupa langkah-langkah penambahbaikan. Sudut perhubungan khalik-makhluk inilah yang agak kurang diberi perhatian dan masih boleh ditingkatkan melalui penghayatan kesyukuran. Perkara inilah yang akan kekal berpanjangan memetakan kematangan masyarakat dalam kehidupan seharian.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa bentuk sambutan perayaan berubah dari masa ke semasa bergantung kepada persekitaran dan tahap kekuatan hubungan manusia dengan penciptanya. Persekitaran sering menjadi pengaruh utama samada menyumbang atau menghalang tahap fitrah ini menemui maksud asalnya dan sejauh mana masyarakat Islam berupaya terlepas dari genggaman nafsu sendiri.

Pertarungan melawan nafsu merupakan pertarungan yang paling sukar dalam tamadun bangsa. Keupayaan membendungnya merupakan titik tolak kepada kejayaan atau kejatuhan sesebuah bangsa. Matlamat syariat yang paling asas ini jika diabaikan akan mengundang bencana kepada kestabilan yang dibangga-banggakan.

Kecenderungan penghayatan perayaan dan kefahaman menzahirkan kesyukuran merupakan landasan utama perayaan. Sepanjang perjalanan zaman, tahap penghayatan telah banyak menerima berbagai bentuk perubahan. Takrif syukur terletak kepada pengaruh persekitaran yang disesuaikan ke atas sesuatu kaum.

Sebagai contoh, orang yang hidup secara primitif menganggap kewujudan makhluk-

makhluk halus yang mempengaruhi kehidupan mereka maka pemujaan unsur-unsur mistik ini diamalkan terutama menyambut hari-hari penting dalam kehidupan dalam tarian dan bunyi-bunyian.
Begitu juga dalam zaman jahilliyyah yang bergelumang dengan arak, wanita dan hidup bersosial. Orang-orang jahiliyyah menzahirkan kegembiraan dengan pesta makan minum, kegiatan sosial yang tidak mengira sempadan serta kegembiraan yang tiada bertepi. Kedatangan Islam memberi takrifan semula kepada perayaan dengan mengagungkan Allah dan meraikan kemenangan berjihad melawan nafsu sendiri.

Ketika Rasullullah berhijrah ke Madinah pada peringkat awal penghijrahan, kaum madinah memberitahu Rasullullah bahawa terdapat dua perayaan di mana semua orang akan bergembira pada hari tersebut. Lalu Rasullullah menjawab bahawa Allah gantikan dua kegembiraan melebihi kegembiraan yang digambarkan kepada baginda iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha.

Rasulullah dan para sahabat memberi takrifan baru terhadap perayaan dengan tidak putus-putus bertakbir, bertasbih dan bertahmid sejak gelincir matahari sehinggalah di siang hari raya. Manakala perkembangan yang berlaku di Malaysia pada zaman 80-an dan 90-an, malam raya diisi dengan aktiviti kumpulan perarakan takbir berjalan dari rumah ke rumah di dalam kejiranan untuk bertakbir dan bertahmid.
Kini tiba zaman bergantung kepada teknologi dan maklumat. Zaman penggunaan komputer, internet dan televisyen yang ketara sekarang mempamerkan bagaimana umat Islam menyatakan kesyukuran di hadapan semua ini. Takbir, tasbih dan tahmid telah diambilalih oleh televisyen. Mungkin tidak salah perkembangan ini tetapi, sejauh mana penghayatan kesyukuran itu berlaku kepada umat Islam dalam mendokong usaha berterusan memerangi nafsu. Apakah kesan ‘sambutan' kesyukuran ini selepas selesai tempoh perayaan?
Begitu juga dengan apa yang difahami dan diamalkan oleh segelintir muda-mudi zaman sekarang. Bagi mereka agak janggal mengaitkan kegembiraan dengan kesyukuran tetapi lebih menitikberatkan erti kebebasan mutlak melakukan apa saja tuntutan nafsu seperti fahaman puak jahiliyyah apatah lagi untuk melihat amalan-amalan anjuran Rasullullah ketika meraikan perayaan.

Sekiranya pola perayaan yang sering terdedah kepada berbagai bentuk ancaman tidak dikawal, salah faham tentang erti perayaan akan berlaku akhirnya. Zaman yang berputar akan mengembalikan tradisi jahiliyyah ke dalam perayaan Islam. Di samping pergaulan bebas, aktiviti-aktiviti yang tidak sihat berlaku apabila beramai-ramai berkumpul untuk berpesta dengan hidangan muzik, minuman atau ubatan mengkhayalkan serta kebebasan kegiatan seks.

Di samping pengaruh kuat dari anasir luar dan kurangnya pemantauan ibubapa, kelemahan penghayatan merupakan kunci utama kepada gejala yang tidak sihat ini. Bagi golongan begini, ‘perayaan' hanyalah istilah penanda kemuncak merajakan nafsu dan alasan bagi mereka yang memang telah mengggelincirkan diri dari hakikat Islam. Justeru itu, marilah sama-sama kita menghargai kemenangan Ramadhan dengan mengekalkan penghayatan bersyukur dengan bertakbir, bertasbih dan bertahmid seikhlasnya.

Isnin, 3 Jun 2013

Bulan Rejab

Bulan Rejab

Ulama muktabar sokong kelebihan beramal, tingkat hemah diri sempena 
bulan mulia
 

Rejab ertinya mulia kerana bangsa Arab dulu sangat memuliakan bulan ini. Pada 1 Rejab, mereka akan menyembelih unta sebagai korban. Selain itu, pada 27 Rejab jumhur, ulama bersepakat berlaku peristiwa penting dalam hidup Rasulullah SAW iaitu Israk dan Mikraj. 

Kita perlu yakin berlakunya peristiwa itu kerana ada dalil qatie dalam al-Quran dan hadis yang menceritakan peristiwa Israk dan Mikraj. Apabila diteliti kepelbagaian sumber daripada ulama, Rejab ada keistimewaannya tersendiri.
 

Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis, “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku” disokong oleh ulama muktabar.
 

Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas seperti direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah. Oleh itu, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana kualiti sanad yang diriwayatkannya.
 
Matan hadis tak bertentangan nas al-Quran
 

Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah SWT pada surah al-Taubah, ayat 36, mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan iaitu Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.
 

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi SAW menegaskan Rejab adalah bulan Allah iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.
 

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”
 

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi SAW tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban. Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab.
 

Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri. Hal ini diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.
 

Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab). Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: Rasulullah SAW berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)
 

Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam lain.
 

Tiada larangan puasa
 

Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa pada bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi, apa yang disunatkan ialah kerana sunnah puasa terbabit.
 

Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi SAW menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu daripadanya.”
 

Al-Hakim meriwayatkan daripada Nubaisyah: “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada berhala) pada zaman jahiliah. Maka, apa pula yang harus dilakukan di bulan Rejab ini. Baginda menjawab: “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah makanan.”
 

Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi: “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”
 

Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulama salaf memberitahu kita bahawa di sana ada hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.
 



Fahami isu, dalil secara menyeluruh 

Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam supaya kita tidak tersasar daripada landasan yang benar. Dalil yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.
 

Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita? Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab.
 

Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah. Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita, insya-Allah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.







Selasa, 26 Februari 2013

Ragam teman-temanku..


















Motivasi dari Al-Quran


Al-Qur’an sebagai mu’jizat terbesar yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Selain terdapat berbagai macam ilmu pengetahuan di dalamnya (Psikologi, Astronomi, Biologi, Ekonomi, Politik, dll) ternyata ayat-ayat dalam Al-Qur’an juga boleh menjadi motivasi.
Terdapat ayat-ayat motivasi di dalamnya yang dapat menghibur kita disaat mendapat duka, bencana, ataupun sekedar untuk penambah semangat dalam keseharian kita…


“Dan apabila kamu menghitung ni’mat Allah, niscaya kamu tidak akan dapat menghitungnya” (Q.S. Ibrahim: 34)

“Apabila kamu bersyukur niscaya akan Aku tambahkan nikmat-Ku, dan apabila kamu kufur maka adzab-Ku sangat pedih” (Q.S. Ibrahim:7)

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri” (Q.S. Ar-Ra’d:11)

“Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia buruk bagimu, dan Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui “ (Q.S. Al-Baqarah:216)

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Q.S. Al-Imran: 139)

“Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan orang-orang yang kufur.” (Q.S. Yusuf: 87)
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Q.S. Al-Baqarah: 286)

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Al-Insyirah: 5-6)

“Wahai orang-orang yang beriman mintalah pertolongan melalui Sabar dan Shalat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Dan benar-benar akan Kami uji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan buah-buahan, dan berilah kabar gembira bagi orang-orang yang sabar, (yaitu) yang apabila mereka tertimpa musibah mereka mengatakan “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali” (Q.S. Al-Baqarah: 155-156)

“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan yang hingga apabila datang ajal seseorang di antara mereka, barulah ia mengatakan: Sesungguhnya saya bertaubat sekarang. Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih.” (Q.S. An-Nisa: 17-18)

“Barang siapa bertakwa kepada Allah maka Dia akan menjadikan jalan keluar baginya, dan memberinya rizki dari jalan yang tidak ia sangka, dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah maka cukuplah Allah baginya, Sesungguhnya Allah melaksanakan kehendak-Nya, Dia telah menjadikan untuk setiap sesuatu kadarnya” (Q.S. Ath-Thalaq: 2-3)

Khamis, 10 Januari 2013

Kata Pujangga


KATA PUJANGGA
Koleksi Kata-kata Pujangga Untuk Kita Hayati Bersama :
Apabila Anda Benar : Anda tak perlu marah. Apabila Anda Salah : Anda tak boleh Marah
-Mahatma Gandhi-

Bercakap-cakap Adalah Bertukar Fikiran, Bertukar Pendapat Dan Bertukar Pengalaman. Rahsia Bercakap ialah Pandai Bicara, Pandai Bertanya Dan Pandai Mendengar.
-Pythatoras-

Perbaiki Diri Anda, tetapi JANGAN JATUHKAN ORANG LAIN
-I. Salanter Lipkin-

Diri manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri yang kecil itu terdapat satu alam yang besar.
-Saidina Ali Abi Talib r.a-

KEJAYAAN TIDAK DATANG KEPADA MANUSIA YANG LEKA
-Charles Cahier-

Jadikanlah suatu keyakinan bahawa apa yang anda cita-citakan pasti tercapai dan apa yang anda usahakan pasti berhasil
-Thomas Alva Edison-

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya
-James Allen-

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah
-Lao Tze-

Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang lain. Kecerdasan terbaik bagi anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang dimiliki oleh orang lain
-Alias Haji Muda-

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya
-Marcus Aurelius-

Persahabatan adalah perkara yang paling rumit untuk diperjelaskan. Ia bukan dipelajari di sekolah tetapi jika kamu mempelajari erti persahabatan maka kamu sebenarnya tidak mempelajari apa-apa.
-Muhammad Ali-

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
-Albert Camus-

Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu: dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau ; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau ; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau ; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya.
-Saidina Abu Bakar r.a-

Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang lain. Kecerdasan terbaik bagi anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang dimiliki oleh orang lain.
-Alias Haji Muda-

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
-Lao Tze-

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
-James Allen-

Orang yang tidak berkemahuan untuk terus belajar dan membangunkan dirinya samalah seperti insan kerdil yang sememangnya tidak boleh membesar lagi.
-Bestari-

Tiada manusia yang Berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
-Joseph Conrad-

“Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan” ~Pujangga

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” – Khalifah Abdul Malik bin Marwan

“Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.” ~Pujangga~

“Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara.” ~Pujangga~

“Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali” ~ Pujangga~

“Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali.” Kata-kata Pujangga~

“Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa.” kata-kata Pujangga~

“Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.” Kata-kata Pujangga~

“Jangan biarkan perahu hanyut tak ber’penghuni’ nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.” kata-kata Pujangga

“Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan anda diabaikan orang.” kata-kata Pujangga

“Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.” ~kata-kata Pujangga

“Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari…“kata-kata Pujangga`

“Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.” kata-kata Pujangga~

“Hanya mereka yang melepasi ujian akan melalui kehidupan dengan sabar.” kata-kata Pujangga`

Kata-kata Pujangga: “Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.”
“Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana” kata-kata Pujangga~

“Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi.” kata-kata Pujangga`

“Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.” kata-kata Pujangga`

“Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.” kata-kata Pujangga~

Kata-kata Pujangga:” Jangan impikan sesuatu tanpa berusaha mencapainya.”

Kata-kata Pujangga: “Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini.”

Kata-kata Pujangga:” Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.”

Kata-kata Pujangga:“Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.”

Kata-kata Pujangga: “Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.”

Kata-kata Pujangga:“Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.”

Kata-kata Pujangga: “Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.”

Kata-kata Pujangga: “Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.”

Kata-kata Pujangga: “Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.”

Kata-kata Pujangga: ” Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali.”

Kata-kata Pujangga: “Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.”

Kata-kata Pujangga: “Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri.”

Kata-kata Pujangga: “Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.”

Kata-kata Pujangga: “Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.”

Kata-kata Pujangga: “Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud.”

Kata-kata Pujangga: “Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti.”

Kata-Kata Pujangga: “Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.”

Kata-kata Pujangga: “Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.”

Kata-kata Pujangga: “Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.”

Kata-kata Pujangga: “Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?”

Kata-kata Pujangga: “Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?”

Kata-kata Pujangga: “Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.”

Kata-kata Pujangga: “Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur”

Kata-kata Pujangga: “Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang.” & “Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra.”

Kata-kata Pujangga: “Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.”
Orang yang mudah bersedih hati akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan.
Orang yang mempunyai cita-cita selalu memperoleh kemajuan di dalam hidupnya.
Cita-cita yang tinggi itu menyuburkan tabiat yang mulia. Tujuan yang besar dan mulia itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi.
Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga, melainkan adakalanya disirami dengan airmata dan juga darah.
Sahabat sejati adalah orang yang dapat berkata2 benar denganmu, dan bukan orang yang dapat membenarkan kata2mu.
Bersedekah kepada orang miskin, itu bererti satu sedekah sahaja. Sementara bersedekah kepada kaum kerabat, itu bererti dua sedekah ; iaitu bersedekah dan mengutamakan hubungan persaudaraan.
Diantara sikap yang boleh melahirkan perasaan kasih sayang seorang saudara kepada anda ialah memberi salam terlebih dahulu. Anda memanggilnya dengan nama yang paling digemarinya dan anda melapangkan tempat di dalam sesuatu majlis untuknya.
Apabila seseorang sudah menentukan kepercayaannya dan dia perjuangkan kepercayaan itu, semua sumber akan tertarik kepada perjuangannya itu walaupun selepas kematiannya.=Mahatma 
Ghandi=

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang2 beradab dan berbudi mulia yang dapat kita mengambil manfaatnya. = Hamka =

Jadi wanita cantik kadang2 sulit. Lelaki tidak selalu mencintai kita, tetapi sering cuma menginginkan kecantikan kita. Wanita yang tidak cantik biasanya lebih mudah, kerana kalau seorang lelaki mencintainya, bererti lelaki itu betul2 cinta padanya. = Gina Lollobrigida =

Tidak belajar bersungguh2 di waktu muda, hendak menjadi apa pada waktu dewasa?? = Anonim =

Kebanggaan terbesar dalam hidup adalah apabila kita berhasil melakukan apa yang menurut orang lain tidak dapat dilakukan. = Walter Bagehot =

Keberanian adalah keupayaan yang memungkinkan seseorang bertindak dengan baik dan mantap, walaupun ia dalam keadaan setengah mati. = Omar Bradley =