Amalan Sunat Bulan Muharam
Bulan pertama dalam kalendar Hijrah,
Muharam dah tiba. Ada baiknya kita berusaha lebih gigih mendidik diri untuk
menjadi lebih baik dari tahun lepas. Moga-moga diriku(dan teman semua) Allah
beri kekuatan dan memandu kita dalam rahmat kasih sayangNYA. Suka untuk
dikongsi amalan-amalan sunat yang sangat elok kita amalkan dalam bulan Muharam
ni.
Andai tak dapat buat semua, dapat
buat 1 amalan sunat dengan penuh istiqomah@konsisten pun cukup bagus. Ayuh kita
sama-sama teliti, bulatkan tekad dan niat untuk berusaha amalkannya.
- 1-9hb: Sunat puasa
- 10hb: Sunat puasa hari Asyura dan;
- Menyapu kepala anak yatim
- Sedekah kepada fakir miskin
- Bercelak mata pada waktu malam
- Menambah perbelanjaan keluarga
- Perbanyak zikir berikut (sekurang-kurangnya 70kali)
iaitu
Maksudnya: “Allah telah mencukupkan
segala sesuatu bagiku. Dan sebaik-baik tempat kuserahkan diri adalah kepada
Allah. Dialah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Penolong”
Sama-sama kita perbaiki diri
sementelah umur kita telah berkurang dengan berkalihnya tahun. Wallahua’lam.
Hafizmohd.com
Oleh : Mufti Brunei
Ketahuilah Amalan Yang Disunatkan Pada 10 Muharram
بسم الله ، والØمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصØبه ومن
والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut
Baginda)
Muharram adalah bulan pertama dalam kalendar Hijrah. Ia termasuk antara
bulan-bulan yang dihormati sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya:
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan
pada sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam
kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan
yang dihormati.”
(Surah at-Taubah: 36)
Empat bulan yang dihormati yang tersebut dalam ayat di atas ialah Zulkaedah,
Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Manakala diriwayatkan oleh Abi Bakrah
Radhiallahu ‘anhu,
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:
“Sesungguhnya zaman itu berputar
sebagaimana bentuknya pada hari Allah mencipta langit dan bumi. Setahun ada dua
belas bulan. Antaranya terdapat empat bulan yang dihormati, Tiga bulan berturut-turut:
Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab yang berada di antara Jamadil Akhir
dan Sya‘ban.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam bulan Muharram ini terdapat satu tarikh yang dianggap istimewa iaitu
tarikh 10 Muharram yang juga dikenali sebagai hari ‘Asyura’. Pada tarikh ini
banyak berlaku peristiwa-peristiwa penting, antaranya Nabi Adam ‘alaihissalam
bertaubat kepada Allah sehingga dia kembali suci, Allah menurunkan kitab Taurat
kepada Nabi Musa ‘alaihissalam dan lain-lain peristiwa yang dapat dijadikan
iktibar bagi umat Islam.
Di samping keistimewaan hari ‘Asyura’ yang berlaku di dalamnya
peristiwa-peristiwa penting, hari ‘Asyura’ juga merupakan peluang untuk meraih
ganjaran amalan-amalan yang disunatkan untuk dilakukan pada hari tersebut.
Amalan Yang Disunatkan Pada Hari ‘Asyura’
Di dalam hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada disebutkan
mengenai amalan-amalan yang sunat dilakukan pada hari ‘Asyura’ serta fadhilat
yang diperolehi bagi sesiapa yang melaksanakan amalan-amalan tersebut. Amalan
yang dimaksudkan ialah melakukan ibadah puasa dan menyenangkan hati kaum
keluarga.
1. Puasa pada hari ‘Asyura’
Hukum berpuasa pada hari ‘Asyura’ adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang amat
dituntut. Anjuran berpuasa pada hari tersebut disebutkan dalam hadis
Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada Abu
Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Baginda bersabda:
Maksudnya:
“Sebaik-baik puasa selepas bulan
Ramadhan ialah bulan Muharram dan sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang
fardhu ialah sembahyang pada waktu malam.”
(Hadis riwayat Muslim)
Dalam hadis yang lain pula, Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma menceritakan:
Maksudnya:
“Aku tidak melihat Nabi Shallallahu
‘alaihi wasallam mencari-cari puasa pada satu hari, (Baginda) mengutamakannya
daripada hari-hari yang selainnya, kecuali hari ini iaitu hari ‘Asyura’, dan
bulan ini iaitu bulan Ramadhan.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam turut berpuasa pada hari ‘Asyura’ dan
Baginda menyuruh umat Islam berpuasa supaya tidak terlepas peluang melaksanakan
tuntutan sunat ini. Antaranya:
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Sa‘id bin Jabir daripada ayahnya, daripada
Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhum, katanya:
Maksudnya:
“Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
ketika sampai ke Madinah lalu melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura’.
Kemudian Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Apa ini?” Mereka
menjawab: “Ini adalah hari baik, Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan
Bani Israel daripada musuh-musuh mereka lalu (pada hari ini) Nabi Musa
berpuasa.” Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku lebih berhak
untuk menghormati Musa daripada kamu.” Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
berpuasa hari ‘Asyura dan menyuruh para sahabat untuk berpuasa pada hari
tersebut.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis lain yang diriwayatkan daripada Humaid bin Abdul Rahman, dia
mendengar Muawiyyah bin Abu Sufyan berkata di atas minbar pada hari ‘Asyura:
Maksudnya:
“Wahai penduduk Madinah, di manakah
para ulama kamu? Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda: “Ini adalah hari ‘Asyura’, dan tidak diwajibkan ke atas kamu
berpuasa. Namun aku berpuasa. Maka barangsiapa yang menghendaki untuk berpuasa,
maka berpuasalah dan barangsiapa yang menghendaki untuk tidak berpuasa, maka
berbukalah”.
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Berdasarkan hadis-hadis di atas, jelas bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam menggalakkan umat Islam supaya melakukan puasa hari ‘Asyura’.
Setentunyalah dengan galakan daripada Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam
sendiri, peluang seumpama ini tidak dilepaskan oleh umat Islam, apalagi jika
mengetahui fadhilat yang diberikan kepada mereka yang melakukan puasa hari ‘Asyura’.
Fadhilat berpuasa hari ‘Asyura’ disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan
daripada Abi Qatadah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:
“… Berpuasa pada hari ‘Asyura, aku
mengira bahawa Allah akan menebus dosa tahun yang dahulunya (bagi orang yang
berpuasa pada hari tersebut).”
(Hadis riwayat Muslim)
Terdapat beberapa pendapat tentang apa yang dimaksudkan dengan ‘tahun yang
dahulunya’:
i. Tahun itu sendiri, iaitu sembilan hari sebelum hari ‘Asyura’.
ii. Sepanjang tahun sebelum hari ‘Asyura (iaitu bermula dari hari ‘Asyura’
sebelumnya).
Didahului Dengan Puasa Tasu‘a’ (9 Muharram)
Bagi orang yang hendak berpuasa sunat pada hari ‘Asyura’ sunat mendahuluinya
dengan berpuasa pada hari Tasu‘a’ iaitu pada 9 Muharram.
Hikmah di sebalik mendahuluinya dengan berpuasa pada hari Tasu‘a’ ialah:
a. Sebagai langkah berhati-hati pada pengiraan awal bulan Muharram. Ini kerana
ditakuti jika berlaku sedemikian, maka kemungkinan sahaja hari yang dikira
sebagai Tasu‘a’ adalah sebetulnya hari ‘Asyura’.
b. Agar umat Islam tidak menyerupai orang Yahudi yang berpuasa pada hari
‘Asyura’ sahaja.
c. Menyambung puasa hari ‘Asyura’ dengan satu hari puasa yang lain kerana
tegahan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya
sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi
apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari ‘Asyura’
Meneruskan Puasa Hingga 11 Muharram
Apabila seseorang melaksanakan puasa hari ‘Asyura’, sunat juga
menggandingkannya dengan berpuasa pada 11 Muharram, walaupun dia tidak
melakukan puasa hari Tasu‘a’.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Puasalah kamu pada hari
‘Asyura dan janganlah kamu menyerupai padanya dengan orang Yahudi. Puasalah kamu
(dengan puasa ‘Asyura) sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.” (Hadis
riwayat al-Baihaqi)
Berdasarkan penjelasan di atas, terdapat beberapa cara melakukan puasa
hari ‘Asyura’ iaitu:
i. Berpuasa pada hari ‘Asyura’ sahaja.
ii. Berpuasa pada hari Tasu‘a’ (9 Muharram) dan pada hari ‘Asyura’.
iii. Berpuasa pada hari ‘Asyura’ dan pada 11 Muharram.
iv. Berpuasa pada hari Tasu‘a’ (9 Muharram) , hari ‘Asyura’ dan 11 Muharram.
Gandingan berpuasa tiga hari ini (9,10,11 Muharram) adalah digemari sebagaimana
yang disebutkan oleh Imam asy-Syafi‘e Rahimahullah.
2. Menyenangkan hati kaum keluarga
Selain daripada melakukan puasa pada hari ‘Asyura’, orang Islam juga disunatkan
menyenangkan dan menggembirakan hati kaum
keluarga.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan)
keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang
tahun.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Apa yang dimaksudkan dengan ‘melapangkan’ atau ‘menyenangkan’ di dalam hadis di
atas adalah berbelanja pada makanan dan minuman lebih daripada hari biasa serta
menggembirakan anak-anak contohnya dengan menghulur belanja lebih dan yang
seumpamanya.
Selain daripada ahli keluarga, maksud menyenangkan di dalam hadis di atas
termasuk juga kepada kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin
dengan syarat apa yang dilakukannya itu tidak membebankan dirinya. Adapun apa
yang selain daripada dua perkara di atas seperti sembahyang malam ‘Asyura’,
mandi hari ‘Asyura’, bercelak mata dan yang lainnya tidaklah ada disebut
melainkan pada hadis-hadis dhaif, munkar dan maudhu‘.
Marilah kita bertekad untuk mengisi hari ‘Asyura’ yang datang sekali setahun di
bulan Muharram ini dengan mengambil iktibar peristiwa yang berlaku pada tarikh
tersebut dan melaksanakan apa yang dianjurkan oleh syara‘.
Berpuasa serta menyenangkan hati keluarga, kaum kerabat, anak-anak yatim dan
orang-orang miskin pada hari ‘Asyura’ ini adalah amalan yang tidak boleh
dilepaskan fadhilatnya begitu sahaja.
Sumber :
http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2009/bil343-bhg1.pdf
http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2009/bil343-bhg2.pdf
Amalan Muharam dari 1-10 (9-19 Januari)
Januari 7, 2008 pada 9:50 am (
Husainiyah)
Bulan ini adalah bulan kesedihan Ahlulbait as dan pecinta mereka. Imam Ali
Ridha as berkata, “Ketika bulan Muharam tiba, tidak seorang pun melihat ayahku
tertawa. Hari-hari dilalui dengan sedih sampai hari kesepuluh. Ketika hari
kesepuluh tiba, yaitu hari musibah, kesedihan dan hari tangis beliau semakin
memuncak. Beliau bersabda, “Hari ini adalah hari dibunuhnya Husain as.”
Malam pertama
Pada malam ini dianjurkan melakukan ibadah-ibadah sebagai berikut:
1. Salat seratus rakaat, setiap rakaat membaca Fatihah dan al-Ikhlas.
2. Salat dua rakaat, rakaat pertama membaca Fatihah dan Surat al-An’am dan
rakaat kedua membaca Fatihah dan Yasin.
3. Salat dua rakaat, setiap rakaat membaca Fatihah dan Qulhuwallahu Ahad
sebelas kali.
Hari pertama
Awal Muharam adalah awal tahun. Ada dua amalan di dalamnya:
4. Berpuasa. Dalam riwayat Rayyan bin Syabib, Imam Ali Ridha as berkata,
“Sesiapa berpuasa pada hari ini dan berdoa kepada Allah, maka dia akan
mendapati doanya seperti diterimanya doa Nabi Zakariya as.”
5. Dinukil dari Imam Ali Ridha as bahwasa Rasulullah saw pada hari pertama
bulan Muharam melakukan salat dua rakaat dan membaca doa berikut ini tiga kali
setelah salat:
Ya Allah, Tuhan Yang Mahakadim, inilah tahun baru, aku memohon suaka-Mu dari
kejahatan setan, kekuatan untuk menahan hawa nafsu yang menyeretku kepada
kejelekan, sibuk dengan aktivitas yang mendekatkan diriku kepada-Mu. Wahai Zat
Yang Maha Pemurah dan Pemilik kemuliaan. Wahai Sandaran orang yang tidak
memiliki sandaran. Wahai Simpanan orang yang tidak memiliki simpanan, wahai
Pelindung orang yang tidak memiliki perlindungan. Wahai Penolong orang yang
tidak memiliki penolong, wahai Pegangan orang yang tidak memiliki pegangan.
Wahai Permata orang yang tidak memiliki permata. Wahai Zat yang baik ujiannya.
Wahai Zat yang besar harapannya. Wahai Zat Pemulia orang-orang lemah. Wahai
Penyelamat orang yang tenggelam. Wahai Penyelamat orang-orang yang celaka.
Wahai Pemberi karunia. Wahai Zat Yang Mahaindah, Pemurah dan Baik. Engkau
adalah Zat yang memunculkan gelapnya malam, gemerlapnya siang, cahaya bulan,
sinar matahari, suara air dan suara pohon yang bersujud kepadamu. Ya Allah
tiada sekutu bagimu!
Ya Allah jagalah kami dari prasangka mereka, ampunilah kami dari apa-apa
yang mereka tidak ketahui dan jangan siksa kami karena ucapan mereka. Cukuplah
bagiku Allah yang tiada tuhan selain-Nya, kepada-Nya kami bertawakal, Dialah
Tuhan Arsy Yang Agung. Kami beriman kepada semua yang datang dari Tuhan kami.
Tidak ingat kepada-Nya, kecuali orang-orang yang berakal. Ya Allah, jangan
sesatkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk. Anugerahkanlah rahmat-Mu
kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.
Hari ketiga
Inilah hari dibebaskannya Nabi Yusuf as dari penjara. Sesiapa yang berpuasa
pada hari ini, Allah Swt akan mempermudah urusannya dan menghilangkan
kesedihannya. Dalam hadis Nabi disebutkan bahwa doa-doanya dikabulkan.
Hari kesembilan
Inilah yang dikenal dengan ‘Hari Tâsû’a’. Imam Ja’far Shadiq as berkata, “Hari
Tâsû’a adalah hari dimana Imam Husain as dan shahabat-shabat beliau dikepung di
Karbala. Pasukan Syam berkumpul untuk memerangi beliau. Anak Marjanah dan Umar
bin Saad bersuka ria bersama pasukan Syam yang kuat untuk menghadapai Imam
Husain as dan shahabatnya. Mereka yakin bahwa tidak akan ada penolong Imam
Husain as dan penduduk Irak tidak akan membantunya. Oh… Ayahku yang lemah dan
terasing.”
Malam kesepuluh
Inilah malam duka terbesar dalam sejarah umat Islam yang dikenal dengan Asyura.
Banyak amalan dan ibadah yang dianjurkan pada malam ini. Salah satunya adalah
melakukan salat seratus rakaat, setiap rakaat membaca Fatihah dan tiga kali
surah al-Ikhlash dan setelah selesai membaca doa ini sebanyak tujuh puluh kali:
Mahasuci Allah, segala sesuatu bagi Allah, tiada tuhan selain Allah, Allah
Mahabesar, tidak ada kekuatan kecuali dari Allah Yang Mahatinggi.
Juga dianjurkan membaca al-‘Aliyyu al-Azhîm, membaca istighfar. Amalan lain
yang dianjutkan adalah
1. Salat empat rakaat di akhir malam, setiap rakaat setelah Fatihah membaca 10
kali ayat Kursi, al-Ikhlash, al-Falaq dan an-Nas.
2. Seusai salam dianjurkan membaca surah al-Ikhlash 100 kali
3. Salat empat rakaat, setiap rakaat membaca Fatihah dan lima puluh kali
al-Ikhlash
Hari kesepuluh
Adalah hari syahidnya Abu Abdillah al-Husain as, hari musibah dan kesedihan
para imam suci as beserta pecinta mereka. Selayaknya bagi pecinta mereka
meninggalkan urusan dunia pada hari ini, tidak menyimpan harta di rumahnya,
bersedih, menangis, melakukan aza’ untuk Imam Husain as seperti aza’ yang
mereka lakukan untuk anak dan keluarga mereka yang sangat dicintai. Berziarah
kepada Imam Husain as dengan ziarah Asyura yang akan disertakan kelak, Insya
Allah. Melaknat para pembunuh beliau. Kemudian mengucapkan ta’ziyah berikut
ini:
Semoga Allah membalas kami karena berduka atas musibah Imam Husain as dan
menjadikan kami dan kalian penuntut darah beliau bersama wali-Nya, Imam Mahdi
dari kelurga Muhammad as.
Selayaknya hari ini membaca sejarah terbunuhnya Imam Husain as dan
memberitahukan kepada orang lain kesedihan beliau. Ketika Nabi Musa as
diperintahkan untuk bertemu dengan Nabi Khidir as untuk belajar, pertama kali
yang beliau sampaikan kepada Nabi Musa as adalah musibah dan bencana yang
menimpa keluarga Muhammad as. Keduanya menangis tersedu-sedu.
Ibnu Abbas berkata, “Aku bertemu dengan Amirul Mukminin Ali bin Abu Thalib
as di Dzi Qar, beliau mengeluarkan shahifah yang ditulis dengan tulisan
tangannya yang dicatat dari ujaran Rasulullah saw. Beliau membacanya untukku,
ternyata tulisan itu adalah sejarah terbunuhnya Imam Husain as (maqtal) yang
menceritakan bagaimana beliau dibunuh, siapa pembunuhnya, siapa penolongnya dan
siapa yang syahid bersamanya. Beliau menangis terharu. Aku pun menangis.”
Ibnu Abbas berkata, “Seandainya di sini ada tempat untuk menulis sekilas
dari sejarah tadi, aku akan menulisnya. Namun, tempat ini tidak mencukupi.”
Sesiapa yang bisa hadir pada hari ini di makam Imam Husain as dan memberi
air kepada orang lain, ibarat orang yang memberi minum kepada tentara-tentara
beliau dan hadir bersama beliau di Padang Karbala.
Dianjurkan pula membaca seribu kali surah al-Ikhlash hari ini karena
mengandung keutamaan yang sangat besar.[]