Ahad, 23 Disember 2012

7 Amalan Sunnah Rasulullah


7 amalan sunnah Rasulullah

1) SOLAT SUNAT TAHAJJUD Rujuk Surah Az- Zumar : ayat 9 dan Surah Al Israk : ayat 79 Hadis nabi:" Kemuliaan seorang mukmin, terletak pada Solatnya di waktu malam" (Fathul Kabir)

2) TADABBUR AL QUR'AN ( Mengaji dan Mengkaji Al Qur'an). Hadis nabi:" Barangsiapa yang ingin bercakap-cakap dengan Rabbnya (Allah), maka bacalah Al Qur'an".Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia ( sebelum terbit matahari )sebaiknya mata membaca Al Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3) SOLAT BERJAMAAH ( DI MASJID, MUSOLLA / SURAU ) Antara ciri hamba Allah yang Husnul Khatimah ialah yang gemar melakukan solat Subuh di masjid / musolla.

4) SOLAT DHUHA Hadis Rasulullah:" Solat Dhuha dua rakaat lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya".Kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5) BERSEDEKAH "Carilah Rezeki dengan bersedekah", Allah menyukai orang yang bersedekah, dan malaikat mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

6) MENJAGA WUDHU’ Hadis rasulullah:"Tidaklah memelihara wudhu  kecuali orang-orang yang Beriman" (H.R Ahmad, Ibnu Majah Ad Darimi, Ibnu Hibban),kata khalifah Ali bin Abu Talib,"Orang yang selalu berwudhu sentiasa akan merasa selalu bersolat dan dijaga oleh malaikat denga dua doa."ampuni dosa & sayangi dia ya Allah".

7) SELALU BERISTIGHFAR
 Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Istighfar adalah Zikir yang dapat membuka kunci Rezki Dunia dan Akhirat, memberikan penyelesaian kepada sebarang masalah kehidupan, mendapatkan ketenangan batin, keluarga yang Sakinah, Mawaddah, Warahmah dan nikmat hidup yang baik .... Rujuk Surah Hud 11: ayat 3 Semoga amalan-amalan Sunnah ini akan memberikan kita kekuatan untuk berkecimpung di dalam arena dakwah dan menjadi insan pilihan Allah di akhirat kelak.Semoga amalan ini dapat kita lakukan dengan istiqamah supaya kita menjadi orang yang bertakwa kepada allah taala...Berusahalah menjadi insan yg terbaik,bukan sahaja menjadi muslim mukmin,bahkan menjadi mukmin muttaqin...Insya'allah... Allahu'alam...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan