Kelebihan
Dan Hikmat Ayat Seribu Dinar
Posted 20/10/2011 by Shafi-Q in AMALAN, DOA, Tips, Zikir.
Tagged: Kelebihan / Khasiat / Hikmat Ayat Seribu / 1000 Dinar.
35 Comments
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ayat
2 dan 3 surah At-Talaq atau
lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan amalan yang
masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai
yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan
kemurahan rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah
mengamalkannya secara beristiqamah.
.
.
Hikmah Ayat 1000 Dinar.
Sesiapa
mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:
1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak
disangka-sangka.
2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
.
.
Sejarah Dinamakan 1000 Dinar
Pada
zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir.
Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar.
Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa
mimpi yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun bersedekah
wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu,
sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir
pun mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk
diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.
.
Sehinggalah
pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang
lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia
dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh
pedagang itu hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan
ayat yang telah diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya
kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke
alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda angin, beliau
mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri bersama barang
dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah tangan
mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran
ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk
tinggal di negeri tersebut.
Tinggallah
lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri,
disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah
beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak
disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang
diajar Nabi Khidir itu digelar ayat 1000 dinar.
.
.
Pendapat
Ulama’
Memang
kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan
supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan.
Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan
kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau
hadis.
Begitu
pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah
SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak.
Apabila
diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini
amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi
kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan
perbuatan.
Ayat
tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan
bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya
Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang
masalah dalam hidup setiap hambaNya. Jika keyakinan itu disematkan dihati dan
fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.
.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan
suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya
kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan
diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang
bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya
(keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap
melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan
masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
-
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
.
.
Amalan
Ramai
yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas
solat dan ketika berdepan masalah. Tidak kurang juga peniaga
menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan
mereka, dengan harapan perniagaan bertambah maju. Walaubagaimana
pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi
solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau
sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.
.
Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita
selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita
baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan
bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.
Sebenarnya
ayat seribu dinar adalah sebaik-baik doa untuk segala masalah. Walaupun
begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika
susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk
sesuatu tujuan tersebut.
Sewaktu
dalam kesusahan dan dalam keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa
yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal
dapat dibaca. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk
mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta
perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.
.
.
Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar
‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan
putih, yang keruh akan jernih’.
- Ayat ini jikalau diamalkan
setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh
seribu faedah.
- Sesiapa yang beramal ayat
ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari
segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak
dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala
hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung
segala daripada bala di darat dan di laut.
- Jika dibacakan kepada
orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan
kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum,
Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
- Jika mengalami masalah berat,
seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan
peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu
dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala
kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
- Jika bertempur menentang musuh,
tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan
besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah
mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
- Baca ayat ini sesudah solat
lima waktu,
- Baca ketika hendak tidur
tiga kali,
- Baca ayat ini ketika hendak
keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
.
Selepas
mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya
sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan
yang tidak kita jangkakan di masa mendatang.
.
والسلام
علبكم و رحمة الله و بركاته
Tiada ulasan:
Catat Ulasan