11 Golongan Manusia Yang Didoa Malaikat |
Percaya kepada malaikat adalah antara rukun
iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan
sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat
keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani
dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat
sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan
bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga
sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
·
Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa
yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya.
Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si
fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
·
Orang
yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang
antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci,
kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah
sayangilah ia.’”
·
Orang
yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan
kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
·
Orang
yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu
berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
·
Kalangan malaikat
mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah
s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah
sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya
itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang
lalu.”
·
Orang
yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia
ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
·
Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar
secara berjemaah.Rasulullah s.a.w
bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu
malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari
hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap
tinggal.”Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang
ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan
malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada
mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”Mereka menjawab: ‘Kami
datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka
sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
·
Orang
yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa
seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang
didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang
malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya
dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan
apa yang ia dapatkan.’”
·
Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak
satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua
malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah,
berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
·
Orang
yang sedang makan sahur.Rasulullah
s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya
berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
·
Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang
sakit. Rasulullah s.a.w
bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah
akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu
siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”Itulah antara mereka
yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
***** Malaikat sentiasa bersama kita sepanjang hidup kita sejak
dari kita dilahirkan sehinggalah kita menghembuskan nafas yang terakhir. Namun
adakah kita mahu mensia-siakan diri kita sepanjang hidup? Marilah sama-sama
kita merebut untuk berada dalam golongan yang sering didoa malaikat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan